Memiliki badan yang berotot dan juga 'Six Pax' merupakan impian setiap jejaka MALAYA....
Setuju tak dengan penyataan diatas????
Baik untuk posting kali ini, Mr Muscle (mcm iklan pencuci pulak) nak kongsikan dengan anda cara mudah dan murah untuk membentuk otot anda. (Malas baca? Xpe Mr Muscle highlight poin penting dalam text)
Mr Muscle xnak melalut panjang-panjang, kita terus je ke poin pertama:
1. IKAN TUNA
Ikan Tuna adalah sejenis ikan yang hidup di lautan dan dagingnya kemerah2an. (eh ingat ni rancangan National Geografic ke na cerita pasal ikan) haha..
Baik, pengambilan Ikan Tuna dalam diet seharian anda dapat meningkatkan dan membentuk otot kerana kandungan nutrisinya dalam membentuk otot yang kaya dengan Protien, Vitamin D, dan Zat Besi. Ikan Tuna juga mengandungi banyak lemak yang sedikit tidak seperti ikan lain. (kecuali ikan bilis - sebab ikan bilis kecik) - jangan gelak.
Bonus, pengambilan Ikan Tuna dalam diet juga bagus untuk Sistem Kardiovaskular (ape tu? - alah, sistem yang berkaitan dengan jantung laa gitu, Mr Muscle selalu tido time kelas Biol-logi) dimana kaya dengan Omega-3 (optimus prime - decepticon)
2. BROKOLI
Brooo-Ko-Li, bukan Bro-Co-LI (otak kuning ah bro)
Brokoli ni amat kaya dengan Protien (ingat, protien penting untuk bina otot). Selain itu, Brokoli juga mengandungi banyak Vitamin tau. (Vit C = Imun sistem, Vit E = bina otot, Vit K = kuat tulang)
Penting, yang mana nak SADO tu, jangan goreng dengan minyak, REBUSS tau.
3. TELUR
Hah.. hah...hah.. jgn dok pegang yang tuh.. Ni cerita Telur Ayam
Paling simple, paling mudah, paling senang.... Telur ni mempunyai banyak nutrisi PROTIEN dalam membentuk otot dengan cepat. Cepat dalam pembentukan otot DADA, LENGAN, BAHU, dan PERUT.
Walaupun kuning telur ada nutrisi yang baik untuk kesihatan, tetapi Mr Muscle nasihatkan ambil PUTIH TELUR SAHAJA kerana rendah kolestrol (CASTROL? minyak pelincir kot) dan tanpa LEMAK.
Boleh REBUS atau makan MENTAH (kalau selera lah), tetapi jangan GORENG!!
4. YOGURT
Hah, ni Perempuan manyak suka.
Yogurt merupakan susu yang telah diproses dengan Fermentasi Bakteria (apokobondo ni) - Cari je kat TESCO, GIANT and so on... Mr Muscle bukan pandai sangat nak cerita.
TETAPI.... ambil Yogurt yang tiada rasa dan tawar 100% PURE (xpe Mr Muscle paham... xsedap) kerana kandungan PROTIEN yang maksimum.
Bonus - Yogurt ada Vit B6 untuk metabolisme.
5. KACANG ARAB
Hanya ambil KACANG ARAB sahaja bukan KACANG CAP TANGAN.
Kacang jenis ini mengandungi LEMAK yang RENDAH dan banyak SERAT.
Bonus - melancarkan pencernaan (sembelit?) dan juga menstabilkan kandungan gula dalam DARAH.
6. SUSU
Ya.. SUSU lah, bukan sahaja untuk membina otot, tetapi susu mampu MEMULIHKAN dan MEMPERBAIKI sel otot anda lepas WORKOUT tu...
Minumlah SUSU demi kesejahteraan anda...
7. DADA AYAM
Ingat, AYAM... Dada AYAM...
Antara bahagian yang mengandungi banyak PROTIEN dalam membantu pembentukan otot badan anda. Tetapi tidak boleh DIGORENG... Hanya REBUS, DIKUKUS dan DIPANGGANG.
MENTAH? - ikut korang lah
Hah, 7 Makanan dalam membentuk otot badan. Ingat, anda harus rajin WORKOUT, kalau makan yang ni pun tetapi x workout..... OTOT PERUT JELAH YANG MENGEMBANG.
wookeh, MR MUSCLE chow dulu..
p/s: otot perut MR MUSCLE pun dah macam dah nk membesar je ni.... Esok kena start workout balik ni... hampeh